BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 23, 2010

bunkface

Bunkface ialah sebuah kugiran empat ahli yang diasaskan di Klang, Selangor, pada tahun 2005, kini terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar keduanya Sam, pemain gitar bes dan penyanyi tambahan Youk, pemain gitar utama Paan, dan pemain dram Ejam Coda. Antara lagu-lagu popular nyanyian Bunkface termasuk "Bunk Anthem", "Situasi", "Silly Lily", "High School Rocker", "Prom Queen", dan "Through My Window              
Pembentukan

Kugiran ini bermula sebagai empat sekawan yang bersekolah di SMK Sri Andalas dan sering mengadakan sesi jamming biasa di Klang, Selangor, .[2] Nama "Bunkface" berasal dari tajuk sebuah lagu dendangan Sum 41, "Crazy Amanda Bunkface", yang dicadangkan oleh bekas pemain dram, Biak.[3]





Pada Mac 2006, Bunkface memenangi tempat pertama di pertandingan Battle of the Bands anjuran majalah muzik ROTTW. Daripada itulah Bunkface julung kalinya disiarkan dalam majalah. Kemudian, mereka dihubungi oleh komuniti muzik Internet Demoplanet.tv yang menawarkan penajaan untuk membikin video muzik. Pada akhir tahun 2006 barulah mereka dapat menarik perhatian umum dengan menyertai pertandingan realiti Blast Off.
[sunting]
Lesson of the Season

Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP pertama mereka yang berjudul Lesson of the Season yang ddiisi enam buah lagu berbahasa Inggeris yang mengadunkan gaya pop-punk/rock alternatif. Lagu hit "Silly Lily" menduduki tangga teratas di carta hitz.fm Malaysian Top Ten selaam 8 minggu dan carta Fly.fm Campur Chart selama 10 minggu. Single berbahasa Melayu pertama mereka, "Situasi" pula menduduki tangga #1 di carta XFresh FM serta mencapai tangga #3 di Carta Era selama 3 minggu.

Pada tahun 2009, Kumpulan Bunkface menggondol anugerah Rockstar, Break Out dan juga The Ultimate Shout! Award di upacara Shout! Awards pertama anjuran 8TV di Stadium Bukit Jalil. Pencapaian mereka di majlis penganugerahan urban tersebut menarik minat pihak penganjur One Movement For Music Perth (OMFM) dari Australia yang mengundang mereka untuk membuat persembahan di pesta yang diadakan di Perth pada 16–18 Oktober 2009, sekaligus menandakan kali pertama mereka membuat persembahan di luar negara.[1]
[sunting]
Through My Window

Bunkface menyertai kempen Everyone Connects anjuran TM dan menyanyikan lagu "Through My Window" yang disiarkan dalam iklan radio dan TV kempen tersebut. Lagu ini mula diperdengarkan ke udara dalam bentuk lagu misteri yang diedarkan ke semua stesen radio di negara.[4] Misteri ini menimbulkan tanda tanya di kalangan orang awam mengenai siapa penyanyinya dan apakah tujuan lagu ini dimainkan. Populariti kumpulan Bunkface melonjak setelah didedahkan identiti mereka selaku penyanyi lagu tersebut. Ketika ini, bilangan peminat lagu "Through My Window" yang mendaftar di Facebook mencecah 17,000 orang di samping namanya disebut lebih 3.7 juta kali dan lebih 6,600 muat naik video and audio di laman sosial tersebut.[5] Acara nyanyian beramai-ramai Everyone Connects yang turut mengetengahkan lagu "Through My Window" diadakan di Jalan Bukit Bintang pada 21 November 2009.


ahli-ahli
Sam - Pemain Gitar Kedua, Vokal
Paan – Pemain Gitar Utama
Youk – Pemain Bass
Ejam (coda)= Pemain Drum (sensionist)

0 comments: