BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 23, 2010

pemahaman tentang indie

PEMAHAMAN ISTILAH INDIE

Sebenarnya pemahaman tentang istilah 'indie' agak tersasar dan tidak ramai yang sedar tujuan utama karyawan muda tidak memilih jalan arus perdana.

Istilah 'indie', yang berakar dari perkataan 'independent' mulanya digunakan oleh peminat dan pemuzik idealis yang menghasilkan karya untuk kepuasan diri berbanding mencapai populariti atau keuntungan.

Ia juga merujuk kepada pilihan mereka untuk menjual dan mengedarkan karya atau produk mereka sendiri kerana tidak mahu tunduk kepada syarat dikenakan syarikat arus perdana.

Pendekatan yang sama diambil dalam pelbagai bidang berkaitan seperti fesyen, seni dan filem.

Produk dan karya yang dihasilkan lazimnya bertujuan untuk mengekspresikan diri mengenai pelbagai perkara yang membelenggu belia dari isu sosial, politik, budaya hinggalah kepada alam sekitar.

Kini, konsep 'indie' tidak begitu terkongkong. Yang penting karyawan memelihara integriti dan kawalan terhadap karya masing-masing serta berdikari dan bebas.

Trend 'indie' juga lazimnya diekori rapat budaya popular, justeru dipantau pelbagai pihak untuk tujuan komersial. Dari membiarkan kesempatan ini dinikmati dan dieklspoitasi golongan korporat, belia kini lebih bijak dan merebut peluang perniagaan.

INDIE BUKAN HANYA UNTUK BELIA URBAN

Gelombang 'indie' juga tidak hanya milik belia urban apabila kolektif seperti Angkatan Baju Malaya (ABM) mengadakan siri jelajah yang menggabungkan pameran seni, bazar dan pertunjukan muzik di luar Kuala Lumpur.

Pergerakan 'indie' juga telah lama aktif di Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh.

Selain ABM, terdapat beberapa kolektif dan program lain yang turut bergerak aktif seperti Indie Day Out, Bijou Bazaar, RanTai, Art For Grabs, Pipit dan thethreadszoo.

Pemuzik bebas tempatan juga mula mendapat tempat dalam arus perdana. Ironinya beberapa tahun lepas golongan yang sama dikecam kerana didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan memuja syaitan justeru mengakibatkan serbuan oleh pihak berkuasa, permit persembahan ditarik balik dan kesukaran mendapat penaja.

Radio dan televisyen juga semakin membuka ruang kepada karyawan bebas. Begitu juga penajaan dan perhatian daripada pihak korporat terutama syarikat telekomunikasi.

Kejutan dari stesen televisyen yang agak konservatif seperti saluran RTM memberi laluan kepada pemuzik 'indie' seperti OAG, Hujan, Muck, Freelove dan Meet Uncle Hussin adalah isyarat yang sub-budaya ini semakin diterima.

Stesen televisyen swasta seperti 8tv dan radio XFM pula menjadi penyokong kuat pergerakan belia yang merupakan golongan sasaran pasaran mereka.

0 comments: