BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 23, 2010

ADAKAH SAYA BUDAK INDIE (PART 1!)

ADAKAH SAYA BUDAK INDIE (PART 1!)
Category: Music


PART 1:



1.Saya bukan budak indie sebab saya tak layan lagu indie.

2.Saya bukan budak indie sebab saya layan lagu hardcore.

.Mungkinlah.


sebenarnya.. situasi ini hendak meunjukkan adakah anda betul-betul
minat indie. sebenarnya siapa yang meminati lagu-lagu yang seperti
'underground' boleh juga dilabelkan sebagai indie.sebab,ia adalah
'independent band' yang tidak terikat daripada apa-apa kontrak daripada
mana-mana stesen rakaman.


Contohnya, gig yang sememangnya berlangsung dengan
giat kini, yang sekarang mendapat sambutan hangat dari semua masyarakat
terutamanya golongan remaja.Tetapi malangnya golongan tersebut , pergi
ke gig bukanlah untuk mendengar lagu yang sedang berkumandang .
Malangnya, kini mereka hanya untuk bersuka-ria dengan musik.tetapi itu
tidak kisah lagi , ada yang hanya pergi untuk memikat wanita(awek) yang
ada di dalam gig tersebut.


Tidak hairanlah mat-mat rempit yang kini
tukar 'image' sebagai budak indie semata-mata hendak memikat
wanita(awek-awek) yang tidak memakai seluar ketat di bawah tetapi
memakai skinny yang berwarna-warni yang amat memikat mereka. Jikalau
situasi ini berlarutan,masalah ini bolah menyebabkan indie terus
hilang di Malaysia berikutan gara-gara mat rempit yang mengderhagakan
wanita-wanita 'gigs'(wanita ini tidak layak dipanggil
indie) .Contohnya,timbullah masalah anak luar nikah, pihak kedua tidak
mahu bertanggungjawab dan sebagainya.Perkara seperti ini boleh
menyebabkan seluruh lapisan masyarakat boleh membenci 'band-band indie'
yang hendak menonjolkan bakat masing-masing.{perkara tersebut hanyalah kepada sesiapa yang melakukannya bukan anda}


Indie, memanglah indie itu 'independent' tetapi
janganlah kita mencampur andukkan genre lain ke dalam indie.
contohnye(di Malaysia),mencampurkan shuffle dengan indie yang
menyebabkan agak pelik jikalau dalam kalangan indie luar negara,bahkan
mereka akan tergelak besar apabila melihatnya.serta menlabelkan
malaysia sebagai penubuh indieshuffle yang tak pernah dibuat oleh orang
(di serata negara).


indie simple mottonya; be nature,follow the nature and don't agaist the nature.
Adakah anda betul-betul indie.??sendirilah anda
renung-renungkan.janganlah anda merossakkan indie di Malaysia ini,
sungguhpun ia masih baru. hargailah band yang sedia ada

pemahaman tentang indie

PEMAHAMAN ISTILAH INDIE

Sebenarnya pemahaman tentang istilah 'indie' agak tersasar dan tidak ramai yang sedar tujuan utama karyawan muda tidak memilih jalan arus perdana.

Istilah 'indie', yang berakar dari perkataan 'independent' mulanya digunakan oleh peminat dan pemuzik idealis yang menghasilkan karya untuk kepuasan diri berbanding mencapai populariti atau keuntungan.

Ia juga merujuk kepada pilihan mereka untuk menjual dan mengedarkan karya atau produk mereka sendiri kerana tidak mahu tunduk kepada syarat dikenakan syarikat arus perdana.

Pendekatan yang sama diambil dalam pelbagai bidang berkaitan seperti fesyen, seni dan filem.

Produk dan karya yang dihasilkan lazimnya bertujuan untuk mengekspresikan diri mengenai pelbagai perkara yang membelenggu belia dari isu sosial, politik, budaya hinggalah kepada alam sekitar.

Kini, konsep 'indie' tidak begitu terkongkong. Yang penting karyawan memelihara integriti dan kawalan terhadap karya masing-masing serta berdikari dan bebas.

Trend 'indie' juga lazimnya diekori rapat budaya popular, justeru dipantau pelbagai pihak untuk tujuan komersial. Dari membiarkan kesempatan ini dinikmati dan dieklspoitasi golongan korporat, belia kini lebih bijak dan merebut peluang perniagaan.

INDIE BUKAN HANYA UNTUK BELIA URBAN

Gelombang 'indie' juga tidak hanya milik belia urban apabila kolektif seperti Angkatan Baju Malaya (ABM) mengadakan siri jelajah yang menggabungkan pameran seni, bazar dan pertunjukan muzik di luar Kuala Lumpur.

Pergerakan 'indie' juga telah lama aktif di Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh.

Selain ABM, terdapat beberapa kolektif dan program lain yang turut bergerak aktif seperti Indie Day Out, Bijou Bazaar, RanTai, Art For Grabs, Pipit dan thethreadszoo.

Pemuzik bebas tempatan juga mula mendapat tempat dalam arus perdana. Ironinya beberapa tahun lepas golongan yang sama dikecam kerana didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan memuja syaitan justeru mengakibatkan serbuan oleh pihak berkuasa, permit persembahan ditarik balik dan kesukaran mendapat penaja.

Radio dan televisyen juga semakin membuka ruang kepada karyawan bebas. Begitu juga penajaan dan perhatian daripada pihak korporat terutama syarikat telekomunikasi.

Kejutan dari stesen televisyen yang agak konservatif seperti saluran RTM memberi laluan kepada pemuzik 'indie' seperti OAG, Hujan, Muck, Freelove dan Meet Uncle Hussin adalah isyarat yang sub-budaya ini semakin diterima.

Stesen televisyen swasta seperti 8tv dan radio XFM pula menjadi penyokong kuat pergerakan belia yang merupakan golongan sasaran pasaran mereka.

masalah rokok di kalangan remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya

jiwa indie vs jiwa jiwang

jiwa indie dan juga jiwa jiwang mungkin adalah perwatakan yang sangat berbeza
indie is simple..
jiwang perkataan yang indah(aq jiwang ni)haha
namun indie mungkin ada bende yang baik dan xbaik.perkara yang aq suka tentang indie pakaian die so simple n nmpak kemas aje
law jiwang nya baju lak skema aje haha biase r nmpak jambu skit kn oh tidakkkk hehe
ade yang kate bdk indie sosial terlalu bebas(tapi aq rase xbetul r)hmm.

korang buat korang pikir
korang bikin dosa korang tanggung sndri
korang bikin msalah lantak korang r


(anti mat skema)haha chow lu

atas nama indie

Uh oh, apa ni? Kepada mereka yang menggelarkan diri mereka indie jangan cepat melenting. Apa itu indie? Dengan perkataan, Indie = independent, dalam bahasa Melayu bermaksud bebas, bererti merdeka dan bermakna berdiri atas kaki sendiri.

Saya sebenarnya agak segan untuk menggunakan ayat yang bermula dengan ‘i’ ini. Saya percaya ada penggiat indie sebenar di luar sana yang juga segan dengan label indie ini. Mereka-mereka ini saya percaya terdiri daripada generasi Beat, generasi Love dan generasi X.

Dari pemerhatian saya ke atas generasi Y dan generasi Internet yang memenuhi pesta-pesta indie hari ini, hampir kesemuanya saya sangsi kebolehan mereka membawa ideologi indie ini. Perkara yang buat saya cukup marah dengan mereka adalah ketika makan. Ya makan. Makan adalah satu bentuk ritual individu yang mana si polan itu menikmati nikmat rasa, menghayati tekstur-tekstur, dan mengunyah dengan penuh erotik. Makan ini adalah umpama membaca sebuah buku. Membaca novel Ahadiyat Akashah dengan 3-4 orang kawan karib serentak adalah pelik bukan?

“To be an adult is to be alone” –Jean Rostard

Saya cukup pelik melihat gelagat mereka yang tidak mahu dilihat makan berseorangan. Pergilah ke kedai mamak berdekatan anda dan cubalah cari mereka yang stylo gila nak mampus makan berseorangan. Malah pernah saya tercuri dengar seorang dari mereka berkata bahawa jika mereka makan berseorangan pasti akan dianggap gila. Ironinya saya selaku seorang yang selalu makan seorang diri ini merasakan orang lain yang gila. Isu makan yang saya tekankan ini bukanlah ditujukan kepada golongan yang menggelarkan diri mereka indie. Ini buat semua umat manusia.

Seperti indie, rempit juga adalah budaya media. Ya, indie (kini) adalah label yang diraikan media massa (seperti black metal dan lepak). Kita sedia maklum bahawa budaya yang lahir dari media ini (tanpa prejudis) pasti sesat lagi menyesatkan, sesesat seekor ular yang sesat di dalam zoo.

Saya cukup percaya tiada rempit yang akan membuat aksi stunt di parking lot kosong seorang diri. Mereka membuat aksi untuk dilihat dan mereka hanya berani bila ramai. Ini sama seperti mereka-mereka yang makan di kedai mamak tadi, malah sifat-sifat batin ini juga ada di dalam mereka yang menggelarkan diri mereka indie. Mereka yang bebas, merdeka dan berdikari ini makan pun nak berteman aik? Manja betul. Saya menamakan penyakit ini Sindrom Takut Makan Seorang.

Jangan silap sangka, saya tidak menyerang indie. Bagi saya ideologi indie adalah suci, sesuci sabun Breeze. Saya cuba menyerang penjenamaan semula indie yang dilakukan oleh media massa. Setahu saya indie ini adalah tatacara hidup avant-garde (mencari kelainan dan alternatif, untuk puaskan nafsu d.i.y). Mereka-mereka ini terdiri daripada golongan non-conformist dan counter-culture. Mereka-mereka ini adalah orang luar yang disisih oleh masyarakat dan oleh itu terpaksa bergerak secara sendiri dan berdikari. Apabila indie ini menjadi budaya popular, secara tak langsung yang mendukungnya menjadi golongan conformist, seperti apa yang berlaku sekarang. Dan indie ini yang diraikan oleh generasi Y dan generasi Internet. Maka tidak heranlah mereka-mereka ini meneguk Coke dan bukannya air tebu.

Saya suka bereksperimen dengan semua benda. Sejujurnya awal 2000 dahulu (sebelum letupan penjualan t-shirt indie secara mega) saya pernah dye baju dengan kertas A4 sebagai template. Mungkin anda akan anggap saya seorang amatur yang tidak reti menggunakan blok (silk screen). Jangan silap, saya menggunakan kertas A4 kerana konsep pakai buang, disamping mudah dan murah (cuma kena rajin potong). Saya ingin hasilkan kraf (hanya satu) dan di sini juga saya dapati tersemai ideologi anti-konsumerasi dalam jiwa saya. Kini penjualan t-shirt atas nama indie bermaharajalela. Waktu berlalu dan kini saya tidak ambil pot dengan apa yang tertera pada t-shirt itu, sebaliknya saya lebih peka kepada potongan t-shirt itu sendiri. Malah ingin saja saya cuba menjahit t-shirt saya sendiri.

Saya mengetahui tentang rancangan Kami beberapa bulan lepas (ya saya ketinggalan zaman). Saya percaya inilah titik tembusnya budaya indie ini ke media massa. Kelmarin saya menonton episod pertama di Youtube buat pertama kali (ironinya orang-orang lain sedang menonton previu filemnya).

Saya pernah 5 kali berpindah sekolah di sekitar KL dan Selangor. Di era 90an, mengikut pemerhatian saya, antara semua sekolah yang saya hadiri, Subang Jaya adalah kawasan persekolahan yang paling advance mentaliti pelajarnya. Kebanyakan mereka terdiri daripada iconoclast dan anarchist. Walau bagaimanapun, selama 2 tahun di sekolah ini saya asyik dimasukkan ke kelas terpandai (tidak tahu kenapa). Oleh itu saya dikelilingi mereka-mereka yuppie hari ini isk isk.

Bagi saya, Kami (episod 1) mempunyai galur cerita yang menarik, tetapi saya cukup pasti jejaka-2 dan gadis-2 sekacak dan secantik model iklan X-Pax ini hanya ilusi kepuraan. Saya cuma mampu berharap agar mereka tidak kosong, sekosong …..(isikan tempat kosong).

Akhir kata, budaya perlu lahir dengan sendiri, bukan melalui media massa. Sekian

Impak pengaruh band indie

SETELAH penganjuran kali pertamanya pada Julai tahun lalu berjaya mencapai sasaran, KL Tower Indie Fest kembali menggegarkan Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menghimpunkan 21 buah band indie tempatan, ia bukan hanya sebagai pentas untuk menaikkan populariti band ternama tetapi memberi peluang kepada bakat-bakat baru memperdengarkan muzik mereka kepada khalayak ramai.

Mungkin ramai yang sudah maklum dengan populariti Bunkface, Gerhana Ska Cinta atau The Times tetapi bagi yang kurang dikenali seperti Laila atau Redemptions, inilah masanya untuk mereka memasarkan nama masing-masing.

Daripada hanya dikenali oleh sekelompok kecil peminat, KL Tower Indie Fest diakui merupakan antara pentas terbaik dalam usaha mengembangkan pengaruh mereka.

Dengan dibanjiri lebih 6,000 pengunjung, KL Tower Indie Fest untuk tahun ini membuka tirai persembahannya seawal pukul 2 petang dan membawa hingga ke pukul 11 malam.

Band-band indie yang terlibat adalah Skudap Skudip, The Rhaman, Pinheads, Sinopsis, Redemptions, Restraint, Laila, Subculture, Statik, Koffin Kanser, Orang dan Couple.

Menginjak ke segmen malam, kelompok indie lain yang ditampilkan adalah The Splatters, Komplot, Bunkface, Love Me Butch, A.C.A.B, Republic Of Brickfield, The Times, Gerhana Ska Cinta serta Bittersweet.

Menarik mengenai KL Tower Indie Fest 2009 ialah sebilangan besar pengunjung yang hadir pada konsert tersebut merupakan fanatik indie.

Ini kerana, hampir keseluruhan lagu-lagu yang didendangkan band-band berkenaan mampu dinyanyikan secara bersama oleh mereka.

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan menyaksikan persembahan band-band indie itu, ada sebilangan penonton yang dilihat bertindak membaling botol air mineral ke arah pentas.

Perkara itu terjadi sewaktu Bunkface yang dianggotai Sam selaku vokalis dan pemain gitar kedua, Paan (gitar utama) dan Youk (pemain bass dan penyanyi latar) sedang membuat persembahan.

Mujur, tidak ada apa-apa insiden tidak elok berlaku terhadap ketiga-tiga mereka.

Pada konsert itu, Bunkface yang ditubuhkan pada 2005 memulakan persembahan dengan lagu Bunk Anthem diikuti Situasi dan Revolusi.

Mengulas mengenai KL Tower Indie Fest 2009, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, penganjurannya pada tahun lalu telah berjaya mencapai sasaran dengan dikunjungi oleh 4,000 orang.

"Justeru, program ini telah dimasukkan ke dalam diari tahunan Menara Kuala Lumpur. Saya percaya, KL Tower Indie Fest akan mampu membawa muzik indie ke peringkat antarabangsa apabila ia mulai terkenal dan diminati ramai,'' katanya penuh yakin.

Zulkifli yang turut hadir menyaksikan KL Tower Indie Fest 2009 bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sebelum ini pernah menyatakan perancangannya untuk mengadakan festival muzik indie yang lebih besar termasuklah mengadakannya di menara-menara di luar negara.

Bagaimanapun, jelas beliau, semuanya bergantung kepada sambutan yang diberikan oleh para peminat genre muzik berkenaan.

Katanya, Menara KL yang merupakan ahli persatuan menara-menara terkemuka di dunia juga akan berusaha bagi mendapatkan kerjasama daripada menara-menara lain untuk tujuan itu.

Jika perkara ini menjadi kenyataan, pastinya kita bakal melihat hasil karya indie anak tempatan menembusi pasaran antarabangsa satu hari nanti.

Ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana kebanyakan mereka juga mampu menghasilkan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris yang dapat dipasarkan dengan lebih meluas.

meet uncle hussain

Kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH) ialah sebuah kumpulan muzik bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan khidmat bekas pemain dram Flop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri ketika persembahan mereka. Konsep lagu yang didendangkan oleh Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.

Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY Terbaik oleh majalah ROTTW pada tahun 2005. Pada tahun 2007, kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia. Pencapaian terkini dinobat sebagai juara lagu di Anugerah Juara Lagu 23.

Pada awal tahun 2009, Lan meninggalkan kumpulan itu setelah mengalami perselisihan faham dengan ahli-ahli kumpulan yang lain, lantas menubuhkan 'kugiran satu ahli' yang bernama Azlan & The Typewriter.



2001–06: Permulaan

Pada tahun 2001, kumpulan Meet Uncle Hussain terbentuk daripada vokalis/pemain gitar Nor Azlan Rosle[1] (Lan) dan Nik Mustaza Nik Mustapha[1] (Taja), pemain gitar bes Mohd Fathi Mohd Darwis[1] (Afat), dan pemain dram Mohamad Hirwan Hatta (Kudux), yang mula-mula bermain muzik bersama pada tahun 2001. Jelas Taja, mereka milih nama "Meet Uncle Hussain" kerana "kami mahu nama yang unik dan melambangkan irama kami, nama yang cukup mudah diingati ramai, jadi kami memilih nama Hussain. Jika Meet Uncle Patrick atau Ramli, pasti tidak menjadi."[2]

Selama enam tahun sejak ditubuhkan, kumpulan MUH hanya dikenali di kalangan peminat muzik bawah tanah, memenangi anugerah Band Terbaik dalam majalah ROTTW pada tahun 2005, dan pernah sekali mengeluarkan single "Halusinasi" di radio Xfresh FM sahaja.[3]
[sunting]
2007–09: KAMI dan arus perdana

Meet Uncle Hussain mula mengambil jalan ke arah kemasyhuran di arus perdana apabila menyumbangkan dua lagu dalam runut bunyi KAMI. Lagu "La La La Kerjalah" menjadi lagu tema pembukaan siri TV lapan episod KAMI yang disiarkan di 8TV pada tahun 2007, mengisahkan perjuangan remaja mengharungi suka-duka kehidupan sambil memartabatkan muzik indie.[4] Sementara itu, "Lagu Untukmu" diketengahkan sebagai lagu tema seluruh projek KAMI dan diterima oleh stesen radio arus perdana sehingga menguasai carta-carta radio pada tahun 2008.

Sayangnya, Kudux selaku pemain dram sudah tidak lama meninggalkan kumpulan MUH gara-gara mengalami masalah kesihatan, tetapi setelah sembuh beliau untuk menyertai kugiran Pesawat[5], juga sebagai pemain dram.[6]

"Lagu Untukmu" begitu popular sehingga bukan sahaja menguasai corong radio, bahkan juga meraih anugerah yang ternilai kepada kumpulan yang mendendangkannya, terutama sekali gelaran juara keseluruhan Juara Lagu ke-23[7] dan Hits 1 musim ke-6[8] pada tahun 2009, di samping kugiran ini memenangi anugerah Artis Berkumpulan atau Duo Popular di Anugerah Bintang Popular dan Artis Baru Terbaik di AIM 2009 pada tahun yang sama.
[sunting]
2009–kini: Lan meninggalkan MUH

Biarpun dihujani dengan sanjungan dan anugerah pada akhir dekad 2000-an, namun sepanjang saki-baki tahun 2009, kelihatannya keretakan antara anggota-anggota kugiran MUH. Ini mula terjadi apabila dilaporkan bahawa Lan didapati bermasalah disiplin dan bersikap lupa diri oleh teman-teman sekugirannya. Menurut rungutan Taja, Lan sukar mendengar kata dan sering enggan menerima nasihat apabila acap kali menimbulkan masalah sama tanpa sebarang perubahan.[1] Maka timbulnya desas-desus bahawa Lan akan disingkirkan dari MUH, tidak pun seluruh kugirannya akan bubar, sehinggalah akhirnya ketika membuat persembahan di KL Muzik Festival di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 5 Julai, Lan mengumumkan pengunduran dirinya dari kugiran MUH atas alasan "komitmen lain".[9] Selepas itu, Lan mengasaskan kugiran baru bernama Azlan & the Typewriter yang sebenarnya dianggotai oleh seorang ahli iaitu dirinya, diiringi pemuzik backup.[10]

Sejak pertengahan tahun 2009 hingga kini, Meet Uncle Hussain masih tercari-cari vokalis baru. Sementara itu, mereka menggunakan khidmat penyanyi lain secara sementara untuk mengambil tempat Lan ketika merakam lagu baru atau beraksi di gig atau persembahan seumpamanya, contohnya menampilkan Black ketika merakamkan single "Drama King".

anugerah

Anugerah Juara Lagu 2008 (2009)
Juara Kategori Pop/Rock ("Lagu Untukmu")
Juara Lagu (Lagu Untukmu)
Hits 1 Musim ke-6 (2009)
Lagu Terbaik ("Lagu Untukmu")
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
Artis Berkumpulan / Duo Popular
Anugerah Industri Muzik ke-16 (2009)
Artis Baru Terbaik